Dota 2

5 Final Tanpa Cela – Team Secret Juarai Blast Bounty Hunt

4 minggu lalu

5 Final Tanpa Cela – Team Secret Juarai Blast Bounty Hunt

Dominasi Team Secret berterusan apabila mereka kini merangkul sebuah lagi kejuaraan dengan menewaskan OG Esports di perlawanan akhir kejohanan Blast Bounty Hunt.

Sebagai juara Team Secret membawa pulang hadiah sebesar USD50,067. Perlawanan akhir tersebut berakhir dengan keputusan bersih 3-0, memastikan rekod menakjubkan Team Secret, tidak tewas walau satu perlawanan di perlawanan akhir berkekalan, semenjak dari bulan Mei lalu.

Sumber: Liquipedia

Pada ketika ini, Team Secret telah memenangi 5 perlawanan akhir berturut-turut dengan kesemuanya berakhir 3-0. Tambah menarik lagi, kelima-lima perlawanan akhir tersebut adlah menentang 5 pasukan berbeza. Sayang sekali apabila kekuasaan mereka pada kali ini adalah ketika tiadanya penganjuran kejohanan bertaraf Major mahupun The International.

Sumber: Liquipedia
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments