Dota 2

Eminence of Ristul, Arcana Bagi Queen of Pain Kini Hadir Bagi Pemilik Battle Pass Dota 2

4 minggu lalu

Eminence of Ristul, Arcana Bagi Queen of Pain Kini Hadir Bagi Pemilik Battle Pass Dota 2

Kosmetik terbaru bagi Akasha, The Queen of Pain kini sudah boleh digunakan. Arcana Eminence of Ristul yang ditawarkan oleh Battle Pass Dota 2 kini boleh digunakan mereka yang telah melepasi tahap 445 dan menyahkunci arcana tersebut.

Eminence of Ristul memberikan model serba baharu, item, animasi dan efek khas termasuklah kesan bunyi, animasi blink khas dan animasi serangan melee khas dimana beliau melibas cambuk untuk menyerang musuh.

Selain daripada itu, arcana ini juga diberikan lebih 800 dialog baharu dan stail alternatif kedua yang berwarna kebiruan, dinamakan sebagai Royal Decree. Akhir sekali, sebuah komik khas juga dibawakan bersama dengan pelancaran arcana ini.

Battle Pass The International 10 boleh dibeli pada harga asas RM44.00. Pek tahap tambahan boleh dibeli pada harga RM129.00 untuk 50 tahap dan pada harga RM199.00 untuk 100 tahap. Selain daripada Eminence of Ristul, dua lagi arcana iaitu Windranger (Compass of the Rising Gale) dan Wraith King (The One True King) juga akan diberikan pada mereka yang telah melepasi tahap Battle Pass yang diperlukan.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments