Riot Games

Eksekutif Riot Games Letak Jawatan Berikutan Kenyataan Menyalahkan George Floyd Di Facebook

4 minggu lalu

Eksekutif Riot Games Letak Jawatan Berikutan Kenyataan Menyalahkan George Floyd Di Facebook

Ketua Produk Pengguna Global di Riot Games, Ron Johnson meletak jawatan selepas kenyataan beliau mengenai kematian George Floyd di Facebook tersebar.

Memetik kenyataan tersebut, beliau menyalahkan gaya hidup George Floyd sebagai punca yang menyebabkan hidupnya berakhir seperti itu. Selepas kenyataan tersebut tersebar dan menjadi bualan hangat, Riot Games melaporkan bahawa mereka akan mengadakan siasatan dalaman dan meletakkan Ron di dalam cuti sementara.

Terkini, Ron disahkan telah meletak jawatan. Menurut jurucakap Riot Games, kenayataan yang dikeluarkan oleh Ron tersebut adalah menjijikan dan bertentangan dengan nilai dan kepercayaan syarikat tersebut. Tambah jurucakap tersebut, Riot Games telah mengambil tindakan untuk membantu memerangi perkauman dan ketidakadilan dalam komuniti tempat kerja dan tempat hidup mereka.

Riot Games juga telah menyumbang USD1 juta bagi membantu usaha pembaharuan sistem keadilan, penyelesaian jangka panjang bagi mengurangkan bias perkauman dan sokongan terhadap perniagaan milik warga Afrika-Amerika tempatan.

Sumber: Vice via Slasher

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments