League of Legends Tempatan

7-Eleven Taja Pasukan Di Liga League of Legends PCS, Berjaya Dragons

4 bulan lalu

7-Eleven Taja Pasukan Di Liga League of Legends PCS, Berjaya Dragons

Pasukan Berjaya Dragons mengumumkan bahawa mereka telah menerima tajaan daripada rangkaian kedai serbaneka popular 7-Eleven.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Berjaya Dragons, 7-Eleven Malaysia akan mulai menjadi rakan penaja organisasi tersebut bermula pada Summer Split 2020 ini dan akan kekal sehingga musim 2021 kelak.

Bagi anda yang tidak mengenali Berjaya Dragons, mereka adalah organisasi esukan berpengkalan di Malaysia. Mereka mempunyai pasukan League of Legends yang bertanding di Liga Pacific Championship Series (PCS). Seperti namanya, organisasi ini dimiliki oleh Berjaya Corporation Berhad.

Mereka menamatkan musim lalu di kedudukan ke-5/6 liga. Musim baharu iaitu Summer Split bagi liga PCS akan bermula pada tarikh 20 Jun depan.

Sumber: Berjaya Dragons
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments