League of Legends: Wild Rift (Mobile)

Segalanya Tentang League of Legends: Wild Rift

4 minggu lalu

Segalanya Tentang League of Legends: Wild Rift

Dengan lebih 100 juta pemain aktif bulanan, League of Legends merupakan antara permainan komputer paling popular di dunia. Namun begitu, teknologi telah pantas membangun dan ramai umum kini mulai meluangkan masa mereka bermain permainan mudah alih di peranti pintar masing-masing.

Platform mudah alih kini mampu menjalankan permainan bergrafik tinggi dan seperti di PC, genre permainan MOBA juga popular di platform mudah alih dengan permainan seperti Arena of Valor dan Mobile Legends Bang Bang menguasai pasaran.

Oleh yang demikian pada sambutan ulang tahun ke-10 League of Legends pada penghujung tahun 2019, Riot Games secara rasminya mendedahkan mereka sedang membangunkan versi mudah alih bagi permainan popular tersebut, League of Legends: Wilf Rift.

Apakah perbezaan diantara League of Legends di PC dan Wild Rift?

Walaupun Wild Rift adalah versi mudah alih bagi permainan League of Legends, ia hadir dengan pelbagai perbezaan yang kebanyakannya adalah bagi menyesuaikan permainan ini dengan corak permainan mudah alih. Wild Rift juga dibangunkan dari asas, bermakna ia bukanlah sekadar port dan direka khas untuk platform mudah alih.

Antara perubahan tersebut adalah dari segi champion, runes, peta permainan dan alat kawalan.

Alat Kawalan

Wild Rift akan menggunakan alat kawalan sentuhan dengan skema dwi-kayu ria (dual joystick). Ini membolehkan ia dimainkan di peranti mudah alih dan konsol.

Paparan alat kawalan Wild Rift.

Champion

Pelbagai champion dari League of Legends akan hadir pada Wild Rift namun sebilangan daripadanya mempunyai abiliti yang berbeza dan diubahsuai bagi menyesuaikannya dengan corak permainan mudah alih yang lebih singkat mahupun kerana alat kawalan permainan yang berasaskan sentuhan dan bukannya papan kekunci fizikal seperti di PC.

Pada pelancaran, Wild Rift akan hadir dengan 40 champion dan akan hadir dengan lebih banyak lagi selepas itu. Berikut adalah senarai champion yang sah akan hadir pada permainan ini (kemaskini jun 2020):

  • Ahri
  • Alistar
  • Annie
  • Ashe
  • Aurelion Sol
  • Blitzcrank
  • Braum
  • Camille
  • Ezreal
  • Fiora
  • Fizz
  • Garen
  • Gragas
  • Graves
  • Janna
  • Jax
  • Jhin
  • Jinx
  • Malphite
  • Master Yi
  • Miss Fortune
  • Nami
  • Nasus
  • Olaf
  • Orianna
  • Shyvana
  • Soraka
  • Tryndamere
  • Twisted Fate
  • Vayne
  • Vi
  • Xin Zhao
  • Yasuo
  • Zed
  • Ziggs

Peta

Seperti namanya, peta permainan ini dinamakan Wild Rift dan direka berasaskan kepada peta asal League of Legends iaitu Summoner’s Rift. Peta Wild Rift adalah lebih kecil berbanding dengan Summoner’s Rift bagi menyingkatkan lagi tempoh permainan. Berbanding dengan peta asal, peta Wild Rift juga dicerminkan atas dan bawah (mirrored map) dimana pangkalan pasukan anda sentiasa berada di bawah dan musuh dibahagian atas peta.

Di pengkalan juga, bangunan turret bagi Nexus telah dibuang keluar. Nexus kini mempunyai abiliti untuk menyerang musuh. Perbezaan ini dilihat sebagai sebuah lagi cara yang diambil oleh Riot Games mengurangkan tempoh permainan ini dengan mengurangkan objektif permainan.

Raksasa di peta dan Elder Dragon juga menerima perubahan. Elder Dragon kini bersifat Elemental dimana ia boleh memberikan buff dari salah sebuah daripada empat elemen (Elder Infernal, Elder Cloud, Elder Ocean, Elder Mountain) apabila dibunuh. Bagi raksasa, Red buff kini memberikan penambahan kuasa serangan manakala Blue buff memberikan bonus nyawa tambahan dan pemulihan mana. Buff ini juga akan berevolusi pada lewat permainan memberikan efek yang lebih berkuasa.

Kosmetik

Seperti League of Legends, kosmetik bagi Wild Rift tidak akan memberikan sebarang penambahbaikan terhadap abiliti sesebuah champion. Kosmetik di Wild Rift juga adalah untuk penggunaan permainan ini sahaja dan tidak boleh dikongsikan dengan permainan League of Legends di PC dan sebaliknya.

Skin Foxfire Ahri

Item Dan Rune

Bagi versi ini, pemain hanya boleh sebuah item aktif sahaja. Item-item baharu yang tidak wujud pada permainan asal League of Legend juga akan ditambah masuk ke dalam permainan. Seperti item, Wild Rift juga akan menerima Rune baharu dan unik berbeza dengan versi PC. Bagi Wild Rift pemain boleh memilih sebuah Keystone Rune dan tiga Rune minor. Statistik bagi kedua-dua item dan rune juga mungkin berubah berbanding versi PC walaupun ia adalah Rune yang sama.

Bolehkah pemain League of Legends di PC dan Wild Rift bermain bersama?

Tidak. Walapun dibangunkan berasaskan League of Legends dan berkongsikan alam semesta yang sama, Wild Rift adalah permainan yang berbeza dan dioptimasikan untuk peranti mudah alih.

Bolehkan peranti Android dan iOS saya memainkan Wild Rift?

Berikut adalah spesifikasi minimum yang diperlukan untuk menjalankan permainan ini:

Android:

  • CPU: 4-teras, 1.5 Ghz dan ke atas, pemproses 32-bit atau 64-bit.
  • RAM: 1.5GB dan ke atas
  • Resolusi: 1280 × 720 dan ke atas

Iphone (iOS)

  • iPhone 6 dan ke atas.

Bilakan pemain di Malaysia boleh memainkan Wild Rift?

Tiada tarikh pelancaran rasmi diumumkan pada ketika ini. Menurut Riot Games, kebanyakan rantau akan boleh memainkan permainan ini menjelang akhir tahun 2020 ini. Pada ketika ini, ujian alfa terhad sedang di lakukan di Filipina dan Brazil. Pendaftaran awal boleh dilakukan bagi platform Android melalui pautan dibawah dan notifikasi akan dihantar sekiranya ia sedia untuk dimuat-turun.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments