Esukan League of Legends

PUMA Umum Tajaan Berbilang Tahun Bagi Organisasi Esukan Gen.G

4 bulan lalu

PUMA Umum Tajaan Berbilang Tahun Bagi Organisasi Esukan Gen.G

Jenama pakaian ternama PUMA telah didedahkan menandatangani perjanjian berbilang tahun bersama dengan organisasi esukan Gen.G.

Kerjasama ini akan meliputi aspek esukan, fesyen dan gaya hidup. Para pemain dan pencipta kandungan organisasi tersebut akan menerima barangan dan pakaian dari jenama terkemuka tersebut. Pasukan profesional League of Legends mereka pula akan mempamerkan jersi khas pada perlawanan liga LCK musim panas mereka tidak lama lagi.

Selain daripada itu, kedua-dua pihak juga akan bekerjasama mereka produk dan aksesori baharu untuk dipasarkan kepada umum. Kerjasama ini bukan sahaja mensasarkan para peminat esukan, malah turut menyasarkan pengguna umum.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments