PUBG Mobile Tempatan

PUBG MOBILE Malaysia National Championship (PMNC 2020) Kembali – Hadir Dengan Mod Pertandingan Solo

1 bulan lalu

PUBG MOBILE Malaysia National Championship (PMNC 2020) Kembali – Hadir Dengan Mod Pertandingan Solo

Kejohanan PUBG MOBILE Malaysia National Championship (PMNC) kembali dianjurkan pada tahun ini degan hadiah sebesar RM100,000.

Bagi edisi kali ini, PMNC bukan sahaja menawarkan mod pertandingan berpasukan malah hadir dengan mod pertandingan solo. Pendaftaran bagi kejohanan ini telah pun dibuka bermula pada 10 Jun ini dan akan ditutup pada 07 Julai hadapan.

Bagi mod pertandingan solo, pemain akan bertanding secara bersendirian pada pusingan kelayakan sebelum diberikan kumpulan untuk peringkat akhir zon. Bagi pertandigan ini, setiap negeri di Malaysia telah diberikan zon khas seperti berikut:

  • Zon Erangel: Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak
  • Zon Sanhok: Selangor, Negeri Sembilan, Melaka
  • Zon Miramar: Kelantan, Pahang, Johor
  • Zon Vikendi: Terengganu, Sabah, Sarawak

Pemenang bagi kejohanan PMNC ini juga dilihat akan diberikan slot untuk menyertai liga PUBG Mobile Pro League.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments