Valorant (Project A)

Riot Tidak Tolak Kemungkinan Untuk Valorant Hadir Di Platform Konsol

3 bulan lalu

Riot Tidak Tolak Kemungkinan Untuk Valorant Hadir Di Platform Konsol

Valorant merupakan permainan fps paling hangat ketika ini. Ia telah pun dilancarkan secara rasmi pada 2 Jun lepas dan oleh dimainkan umum di platform Windows secara percuma.

Terkini melalui temuramah bersama dengan GameSpot, penerbit eksekutif bagi Valorant iaitu Anna Donlon berkata bahawa tidak mustahil bagi permainan tersebut untuk hadir ke platform konsol. Menurut beliau, Riot Games sedia mempunyai prototaip permainan tersebut bagi konsol bagi ujian dalaman mereka.

Tambah beliau lagi, Riot Games hanya akan melancarkan permainan tersebut untuk konsol sekiranya mereka berjaya menghasilkan pengalaman bermain yang sama seperti di PC. Sebagai permainan dengan nilai kompetitif yang tinggi, mereka tidak mahu seseorang pemain itu mempunyai kelebihan dengan bermain di sesebuah platform.

Beliau mengakhiri kenyataan tersebut dengan berkata bahawa walaupun ia tidak mustahil dan mereka teruja dengan potensi permainan tersebut bagi konsol, ia bukanlah fokus mereka pada ketika ini.

Bagi anda yang mahu memainkan Valorant di konsol, harapan anda mungkin menjadi kenyataan di masa akan datang. Tambahan lagi, pada fasa ujian beta tempoh hari, alat kawalan maya telah ditemui pada permainan Valorant ini, membuktikan bahawa benar Riot Games turut menguji permainan tersebut bagi platform lainya. Walaupun ia bukanlah petanda mutlak ia akan hadir, harapan anda masih lagi cerah.

Sumber: GameSpot

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments