Dota 2

Rekod Kekalahan B8 Esports Kini Tamat, 26 Adalah Nilai Akhir

4 bulan lalu

Rekod Kekalahan B8 Esports Kini Tamat, 26 Adalah Nilai Akhir

Kemarau kemenangan pasukan Dota 2 B8 Esports berakhir apabila pasukan tersebut berjaya memperoleh kemenangan ke atas pasukan FlyToMoon 2.0 di pusingan kelayakan kejohanan Beyond Epic League.

Pada awal bulan Mei yang lalu, pasukan yang dibarisi dan dimiliki oleh Danil “Dendi” Ishutin itu memecahkan rekod kekalahan perlawanan berturut-turut bagi arena kompetitif Dota 2 yang sebelum itu dimiliki oleh FTD Club C dengan 23 kekalahan berturut-turut pada tahun 2016.

Dengan kemenangan ke atas pasukan FlyToMoon 2.0, rekod kekalahan pasukan B8 berakhir dengan 26 kekalahan berturut-turut. Tambah manis lagi, mereka bukan sahaja memperoleh kemenangan pertama, malah turut memenangi siri tersebut dengan keputusan bersih 2-0.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments