Dota 2

OG Umum Perpisahan Dengan Pasukan OG.Seed Mereka

1 bulan lalu

OG Umum Perpisahan Dengan Pasukan OG.Seed Mereka

Pada penghujng tahun 2019 yang lalu juara bertahan The International, OG Esports mengumumkan penubuhan OG.Seed iaitu pasukan Dota 2 kedua bagi organisasi tersebut.

Tujuan penubuhan pasukan kedua tersebut adalah untuk membimbing pemain yang mereka rasa berpotensi untuk menjadi pemain berkelas tinggi. Namun begitu, selepas hampir 7 bulan bersama, OG Esports hari ini mengumumkan bahawa pasukan Seed tersebut kini sah telah berpisah dari organisasi mereka.

Menurut pengumuman rasmi yang disiarkan, COVID-19 menjadi punca utama keputusan ini terpaksa diambil. Akibat penyebaran wabak tersebut, pelbagai acara terpaksa ditangguh mahupun dibatalkan termasuklah kejohanan The International 10. Larangan pergerakkan dan penjarakkan sosial menyebabkan ramai penganjur memilih untuk mengadakan kejohanan dalam talian yang hanya terhad kepada rantau berdekatan sahaja.

Oleh kerana kejohanan dalam talian ini hanya melibatkan pasukan-pasukan tempatan sahaja (di rantau penganjuran) dan bukannya pasukan antarabangsa, penganjur telah melarang OG Esports dan OG.Seed dari menyertai kejohanan yang sama atas sebab konflik kepentingan hasil pemilikan yang sama.

Ini menyebabkan OG.Seed tidak mampu menyertai sebarang kejohanan yang melibatkan penyertaan pasukan utama OG Esports. Walaupun cuba mencari penyelesaian, OG akhirnya terpaksa akur bahawa perpisahan adalah jalan terbaik buat pasukan Seed tersebut agar mereka juga mampu bertanding di waktu yang sukar ini.

OG.Seed

  1. Madara
  2. Chessie
  3. Xibbe
  4. Zfreek
  5. Peksu

Sumber: OG Esports

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments