Mobile Legends

Mobile Legends Bang Bang Mengumumkan ‘NEXT’, Projek Penaiktarafan Permainan Tersebut

1 bulan lalu

Mobile Legends Bang Bang Mengumumkan ‘NEXT’, Projek Penaiktarafan Permainan Tersebut

Selepas hampir 4 tahun dilancarkan, Mobile Legends Bang Bang kini mempunyai 75 juta pemain aktif bulanan dan berjaya menjadi salah satu permainan mudah alih paling popular di dunia.

Dengan usia yang semakin meningkat, beberapa aspek permainan tersebut kini dimamah masa dan perlu diperbaharui dan disegarkan semula. Oleh yang demikian, Moonton telah mengumumkan sebuah projek khas dinamakan sebagai ‘NEXT’ bagi memperbaharui beberapa aspek utama permainan tersebut.

Projek jangka panjang ini akan memfokuskan kepada aspek hero dan kawalan permainan bagi membolehkan para pemain menerima pengalaman bermain berkualiti tinggi. Dari hari ke hari, arena permainan MLBB berkembang dengan lebih besar dengan hadirnya hero-hero baharu, lengkap dengan mekanik dan corak permainan tersendiri.

Hal ini menyebabkan hero-hero klasik kini kelihatan kurang menarik berbanding hero-hero baharu tersebut. Melalui projek ‘NEXT’ ini, Moonton berharap agar hero klasik dapat dinaiktaraf dengan aspek dan abiliti unik tersendiri. Perubahan ini juga akan meliputi aspek kosmetik hero seperti model serba baharu, animasi dan kesan bunyi.

Paparan semasa melakukan sasaran di dalam permainan – Moonton

Aspek kedua yang akan difokuskan iaitu kawalan pula akan cuba menyelesaikan kekangan yang hadir pada permainan mudah alih. Pasukan pembangun mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan fungsi seperti zoom keluar kamera dan tilt semasa penggunaan abiliti hero. Mereka juga mengumumkan ‘Smart Targeting’ iaitu fungsi sasaran pintar bagi menambah baik ketepatan ketika menggunakan abiliti sesebuah hero.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments