Mobile Legends Tempatan

4 Negara Berentap Rebut USD100,000 Di MPL Invitational Cup 4 Nation Cup

1 bulan lalu

4 Negara Berentap Rebut USD100,000 Di MPL Invitational Cup 4 Nation Cup

Liga profesional Mobile Legends Bang-Bang bagi Malaysia dan Singapura telah berakhir pada awal bulan Mei lalu dengan pasukan Resurgence menjadi juara keseluruhan.

Namn begitu, Malaysia dan Singapura bukanlah satu-satunya liga profesional MLBB yang dianjurkan oleh Moonton malah negara-negara jiran di Asia Tenggara lainnya turut mempunyai liga tersendiri. Liga mereka ini turut telah berlangsung meriah dan musim terkini mereka juga telah berakhir dengan jayanya.

Sudah tentu dengan setiap negara mempunyai juara tersendiri, pasti menarik untuk melihat siapakah pasukan terbaik di Asia Tenggara tambahan lagi selepas pengumuman pembatalan kejohanan Mobile Legends Southeast Asia Cup tempoh hari. Oleh yang demikian, Moonton telah mengumumkan kejohanan khas iaitu MPL Invitational Cup 4 Nation Cup (MPLI) melibatkan pasukan-pasukan Mobile Legends terbaik dari Malaysia, Singapura, Myanmar dan Indonesia.

Pasukan-pasukan ini akan bertarung sesama sendiri bagi mencari pasukan terbaik dan merebut hadiah sebesar USD100,000 yang ditawarkan penganjur. Seabanyak 4 pasukan dari Malaysia telah menerima jemputan ke kejohanan ini iaitu pasukan Geek Fam, Team Bosskurr, Team SMG dan Todak.

Peringkat kumpulan bagi kejohanan ini akan berlangsung selama dua minggu iaitu bermula pada 19 Jun depan sehinggalah 21 Jun dan 26 sehingga 28 Jun depan. Peringkat penentuan pula akan dilangsungkan pada 3 sehingga 5 Julai. Kejohanan ini akan dilangsungkan sepenuhnya di dalam talian.

Dalam pada masa yang sama, Moonton juga telah menubuhkan halaman Facebook khas bagi Liga profesional Mobile Legends Bang-Bang MY/SG. Bagi anda yang mahu mengikuti perkembangan semasa arena esukan Mobile Legends tempatan, anda boleh mengikuti laman tersebut di pautan ini.

MPL Invitational Cup 4 Nation Cup (MPLI) Teaser

MPL Invitational Cup 4 Nation Cup (MPLI) akan dianjurkan untuk kedudukan pasukan MPL teratas dari 4 negara: 🇸🇬 Singapura, 🇲🇾 Malaysia, 🇮🇩 Indonesia dan 🇲🇲 Myanmar bagi merebut jumlah hadiah terkumpul sebanyak US $ 100,000 💵!.Para pasukan akan berjuang bagi merebut piala kemenangan untuk dibawa pulang ke negara mereka dan mengharumkan nama negara mereka di MPLI! Para penonton boleh menyaksikan pertarungan di antara pasukan-pasukan ini yang bertekad untuk menjadi juara 🏆 di MPLI. Ayuh sebarkan berita ini kepada rakan anda dan saksikan pertarungan MPLI bersama..Nantikan maklumat yang lebih lanjut tentang acara ini! 🤩.#MPL #MPLMYSG #MPLInvitational #MLBB #MLBBEsports #ESPORTS

Posted by MPL MYSG on Khamis, 4 Jun 2020
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments