League of Legends

Riot Mahu Perkenal 6 Champion Baharu Setiap Tahun, Satu Bagi Setiap Posisi

6 bulan lalu

Riot Mahu Perkenal 6 Champion Baharu Setiap Tahun, Satu Bagi Setiap Posisi

6 champion baharu setiap tahun adalah sasaran terkini bagi pasukan pembangunan champion di ibu pejabat Riot Games.

Baru-baru ini Riot Games telah selesai melancarkan rekaan baharu bagi Fiddlestick dan Volibear membolehkan mereka kini berkongsikan perancangan terkini pasukan pembangunan champion. Bermula tahun ini, dalam usaha mempelbagaikan lagi corak permainan di Summoner’s Rift, Riot Mahu memperkenal 6 champion baharu setiap tahun, satu bagi setiap posisi kecuali posisi midlane.

Bagi posisi tersebut, Riot mahu mereka menerima dua champion baharu, setiap satu bagi mages dan assassins. Walaupun dengan perancangan baharu ini, Riot masih lagi akan meneruskan proses rekaan semula champion sedia ada mereka, namun dengan kadar yang lebih perlahan berbanding sebelum ini.

Champion seterusnya yang akan menerima rekaan semula adalah Dr. Mundo. Rekaan semula ini dirancang untuk dilancarkan kepada umum pada tahun 2021 depan.

Akhir sekali, Riot Games juga mendedahkan bahawa tiga champion baharu akan diperkenalkan tahun ini, iaitu bagi posisi jungler, assassins dan markman. Dua daripada mereka akan diperkenalkan bulan hadapan di sebuah acara musim panas khas.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments