League of Legends

PCS Akan Memulakan Summer Split Pada 20 Jun Depan

1 bulan lalu

PCS Akan Memulakan Summer Split Pada 20 Jun Depan

Liga League of Legends melibatkan rantau Asia Tenggara, Pacific Championship Series akan memulakan summer split bermula pada tarikh 20 Jun depan.

Pada spring split yang lepas, pasukan Talon Esports menjadi juara sulung liga selepas menewaskan pasukan Machi Esports di perlawanan akhir liga. Bagi musim panas ini, kedua-dua pasukan tersebut akan kembali bertemu bagi memulakan musim baharu liga.

Siaran perdana musim ini akan bermula pada pukul 5 petang, 20 Jun dan disiarkan di laman twitch.tv/lolpacific dan youtube.com/lolpacific bagi siaran di dalam bahasa Inggeris. Bagi perkembangan semasa liga pula, anda boleh mengikuti akaun laman sosial mereka di twitter.com/lolesportspcs dan facebook.com/pg/lolpacific.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments