Valorant (Project A)

Skadoodle Kembali Bertanding Secara Profesional – Lengkapkan Pasukan Valorant T1

1 bulan lalu

Skadoodle Kembali Bertanding Secara Profesional – Lengkapkan Pasukan Valorant T1

Juara kejohanan CS:GO ELEAGUE Major: Boston 2018, Tyler “Skadoodle” Latham kembali ke dunia profesional esukan selepas diumumkan sebagai pemain kelima bagi pasukan Valorant T1.

Skadoodle menyertai rakan lama beliau di pasukan penuh kontroversi iBuyPower dahulu iaitu Braxton “brax” Pierce dan Keven “AZK” Larivière. Skadoodle merupakan pemain CS:GO ternama dan juga merupakan pemain yang membarisi skuad pertama dari Amerika Utara yang berjaya merangkul gelaran juara kejohanan major bagi permainan CS:GO iaitu bersama dengan pasukan Cloud9.

Beliau bersara dari arena kompetitif CS:GO pada bulan Oktober 2018 dan menjadi penstrim sepenuh masa sebelum kini kembali menjadi pemain profesional. Berikut adalah senarai penuh skuad Valorant bagi T1:

  • Braxton ‘brax’ Pierce (swag)
  • Keven ‘AZK’ Larivière
  • Austin ‘crashies’ Roberts
  • Victor ‘food’ Wong
  • Tyler ‘Skadoodle’ Latham
  • Daniel ‘fRoD’ Montaner (Jurulatih)
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments