Call of Duty Mobile Legends Tempatan

Semester Ke-3 Kejohanan Esukan Kampus (KEK) Tawar Hadiah Sebesar RM150,000

6 bulan lalu

Semester Ke-3 Kejohanan Esukan Kampus (KEK) Tawar Hadiah Sebesar RM150,000

Semester ke-3 bagi Kejohanan Esukan Kampus bakal bermula tidak lama lagi dan kali ini MyGameOn berganding tenaga dengan Yoodo memberikan platform bagi pelajar institut pengajian tinggi di Malaysia membawa nama pusat pengajian mereka ke puncak arena esukan tempatan.

Yoodo Kejohanan Esukan Kampus Semester 3 (Yoodo KEK3) bakal mempertandingkan dua buah permainan mudah alih popular iaitu Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan Call of Duty: Mobile (CODM). Bagi semester ini juga, kejohanan akan dianjurkan secara dalam talian sepenuhnya kerana wabak COVID-19 dan perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan kerajaan.

Semester ini menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM150,000. Pusingan kelayakan akan diadakan bermula pada 6 Jun ini di lima zon kawasan utama. Pusingan akhir kejohanan pula akan diadakan pada 18 dan 19 Julai depan.

Bagi anda yang mahu mengikuti perkembangan semasa kejohanan dan menonton siaran langsung kejohanan, anda boleh melayari laman Facebook rasmi kejohanan di facebook.com/yoodoesports atau facebook.com/mygameondotmy.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments