Valorant (Project A)

Valorant Kini Dilancarkan Secara Rasmi – Hadir Dengan Peta, Agen Dan Mod Permainan Baharu

2 bulan lalu

Valorant Kini Dilancarkan Secara Rasmi – Hadir Dengan Peta, Agen Dan Mod Permainan Baharu

Valorant, permainan taktikal FPS yang dibangunkan oleh Riot Games kini telah dilancarkan secara rasmi.

Bersama-sama dengan pelancaran rasmi ini, Valorant hadir dengan pelbagai kemaskini dan kandungan baharu seperti agen, peta dan mod permainan baharu. Ketika ujian beta tempoh hari, Riot Games telah memperkenalkan 10 agen di dalam permainan tersebut. Pada pelancaran ini, seorang agen baharu, Reyna ditambah masuk ke dalam permainan.

Reyna adalah seorang agen berasal dari Mexico dengan abiliti menyilau-butakan lawan, memulihkan kecederaan diri, kebal untuk seketika dan kebolehan stim kombat yang memperkuatkan abiliti beliau. Dari segi peta baharu pula, sebuah peta baharu bernama Ascent telah ditambah masuk ke senarai peta permainan.

Riot Games juga mengumumkan bahawa mod kompetitif beranking permainan tidak akan hadir pada pelancaran rasmi ini buat seketika untuk mereka memfokuskan kepada prestasi pelayan permainan terlebih dahulu. Namun begitu, mereka telah memperkenalkan mod permainan baharu iaitu Spike Rush untuk dimainkan umum.

Pelancaran ini juga membawakan kemaskini terhadap agen dan peta sedia ada permainan. Sage, Omen, Phoenix, Raze dan Jett telah menerima kemaskini membawakan buff dan nerf kepada mereka. Bahagian tengah di peta Split juga telah menerima kemaskini. Pelbagai lagi penambahbaikan boleh dilihat di nota lengkap kemaskini 1.0 permainan tersebut.

Bagi anda pemain baharu, Riot Games juga telah menyediakan panduan khas bagi pemain baharu (dalam bahasa Inggeris) di pautan ini.

Muat-turun: Valorant
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments