League of Legends

Talon Esports Kekal Di Puncak Juarai Mid-Season Showdown

1 bulan lalu

Talon Esports Kekal Di Puncak Juarai Mid-Season Showdown

Juara sulung bagi liga League of Legends Pacific Championship Series (PCS), Talong Esports membuktikan kekuasaan mereka dengan kini menjuarai Mid-Season Showdown.

Mid-Season Showdown merupakan sebuah acara dibawah acara Mid-Season Streamathon yang dianjurkan oleh Riot Games bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh kejohanan Mid-Season Invitational. Mid-Season Streamathon melibatkan pelbagai acara dipelbagai rantau dan di Asia Tenggara, ia adalah Mid-Season Showdown iaitu pertarungan diantara liga PCS menentang liga League of Legends Vietnam Championship Series (VCS) di Vietnam.

Dua pasukan dari setiap liga telah bertanding di bawah acara ini. PCS diwakili oleh Talon Esports dan Machi Esports manakala Team Flash dan EVOS Esports mewakili VCS. Pasukan yang berjaya mara ke perlawanan akhir acara ini adalah Talon Esports dari PCS dan Team Flash dari VCS.

Perlawanan akhir tersebut dimenangi oleh Talon Esports dengan keputusan 3-1.

Sumber: PCS
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments