League of Legends: Wild Rift (Mobile)

Bentuk Permainan League of Legends: Wild Rift Dipertontonkan Menjelang Bermulanya Ujian Alfa Terhad

1 bulan lalu

Bentuk Permainan League of Legends: Wild Rift Dipertontonkan Menjelang Bermulanya Ujian Alfa Terhad

Di siaran langsung acara Summer Game Fest hari ini, Riot Games telah berkongsikan pandang pertama bagi bentuk permainan League of Legends: Wild Rift yang sedang dibangunkan mereka.

Mereka telah memperlihatkan sebilangan champion yang bakal hadir ke permainan tersebut dan perubahan-perubahan yang telah hadir bagi menyesuaikan champion dengan bentuk permainan mudah alih. Sebagai versi mudah alih permainan League of Legends, Wild Rift mengekalkan pelbagai aspek asal permainan tersebut di PC namun hadir dengan pelbagai perubahan yang lebih sesuai dengan permainan mudah alih.

Wild Rift akan memulakan ujian alfa terhad pada 06 sehingga 27 Jun depan di Filipina dan Brazil untuk tempoh dua minggu. Ujian ini akan dilakukan bagi platform Android sahaja pada ketika ini dan hanya melibatkan sebilangan kecil peserta terpilih.

Muat-turun: LoL: Wild Rift
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments