League of Legends

Siaran Liga Esukan League of Legends Akan Mulai Menyertakan Rentang Iklan Di Dalam Peta Permainan

1 bulan lalu

Siaran Liga Esukan League of Legends Akan Mulai Menyertakan Rentang Iklan Di Dalam Peta Permainan

Bermula pada liga musim panas depan, siaran rasmi perlawanan esukan League of Legends akan menyertakan rentang iklan di dalam peta permainan.

Menjadikan arena sukan tradisional sebagai aspirasi mereka, Riot Games memperkenalkan Summoner’s Rift Arena Banners dimana ia akan memaparkan jenama esukan, penaja dan rakan kerjasama liga. Di masa akan datang, Riot juga mahu bereksperimen dengan lebih lanjut lagi mengenai kaedah yang boleh digunakan bagi mengintegrasikan rakan kerjasama mereka dengan fungsi ini secara lebih mendalam lagi.

Paparan logo Mastercard, rakan penaja League of Legends di dalam peta permainan. – Riot Games

Paparan kain rentang ini bagaimanapun hanya akan diintegrasikan dan disiarkan kepada para penonton sahaja. Para pemain akan kekal memainkan perlawanan mereka di peta rasmi permainan yang normal.

Langkah ini dilihat mampu memberikan lebih nilai lagi untuk menarik penaja sekaligus membawa masuk lebih banyak pendapatan kepada liga dan arena esukan permainan League of Legends itu sendiri.

Paparan iklan dan penjenamaan seperti ini bukanlah sesuatu yang baru di dalam arena esukan. Permainan Dota 2 juga sedia membenarkan sesebuah pasukan memuatnaik grafik tersendiri yang dipaparkan di setiap perlawanan rasmi mereka. Kebanyakan pasukan menggunakan fungsi ini bagi memperlihatkan logo pasukan dan penaja mereka.

Paparan kain rentang pasukan di dalam perlawanan Dota 2.
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments