League of Legends

Purata Gaji Pemain Di Liga League of Legends LCS Adalah RM1.7 Juta Setahun

1 bulan lalu

Purata Gaji Pemain Di Liga League of Legends LCS Adalah RM1.7 Juta Setahun

Sebagai salah sebuah liga esukan paling popular di dunia, adalah tidak pelik sekiranya pemain di Liga League of Legends Championhip Series (LCS) di Amerika Utara menerima gaji yang lumayan.

Namun begitu, hal ehwal kontrak dan gaji selalunya tidak didedahkan kepada umum membuatkan komuniti hanya mampu berteka-teki sahaja. Hari ini, pengarah eksekutif bagi Persatuan Pemain League of Legends Amerika Utara, Hal Biagas telah berkongsikan bahawa pemain di liga tersebut menerima gaji purata tahunan melebihi USD410,000 (RM 1,787,026).

Ini adalah peningkatan sebesar 400% jika dibandingkan dengan purata ada tahun 2017 iaitu sebesar USD105,000 (RM 457,653). Namun begitu, purata ini tidak harus dianggap sebagai angka nyata dan memaparkan keadaan sebenar liga memandangkan ia turut meliputi gaji pemain ternama yang mampu menerima gaji tahunan melebihi USD1 juta (RM4.3 juta) menyebabkan angka purata ini meninggi.

Dengan organisasi kebiasaanya turut menangung kos penginapan, makan minum, latihan dan peralatan, angka yang didedahkan ini masih lagi menakjubkan. Pemain di liga tersebut sudah pasti mampu bermain dengan selesa tanpa risau dengan status kewangan mereka.

Sumber: Dot Esports

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments