Dota 2

Pecah Rekod Lagi – Jualan Battle Pass Dota 2 Atasi Jumlah Tahun Lalu Bagi Tempoh 24 Jam Pertama

1 bulan lalu

Pecah Rekod Lagi – Jualan Battle Pass Dota 2 Atasi Jumlah Tahun Lalu Bagi Tempoh 24 Jam Pertama

Tahun lalu, komuniti Dota 2 mengejutkan ramai apabila sumbangan mereka bagi jumlah hadiah Kejohanan The International 2019 (TI 9) menerusi pembelian Battle Pass jauh melepasi rekod bagi tahun sebelumnya pada 2018 lalu.

Memandangkan Battle Pass TI 9 merupakan yang keenam dilancarkan semenjak ia diperkenalkan pada tahun 2013 lalu, ramai yang menjangkakan jumlah terkumpul tidak akan banyak berbeza dengan tahun sebelumnya. Namun sangkaan itu meleset apabila komuniti Dota 2 terus membelanjakan wang mereka sehingga jumlah hadiah TI 9 melambung sehingga hampir 10 juta USD lebih banyak berbanding TI 8.

Persona wanita bagi Anti-Mage

Tahun ini, Valve melancarkan Battle Pass bagi The International 10 penuh dengan kandungan baharu seperti dua persona baharu dan tiga arcana! Kembalinya ‘The One True King’ dan hadirnya gender-bender Anti-Mage nampaknya sekali lagi menggoda komuniti Dota 2 kerana bagi tempoh 24 jam pertama semenjak ia dilancarkan, rekod jualan Battle Pass kali ini juga mengatasi rekod tahun lalu.

Sumber: Wykrhm

Komuniti Dota 2 sudah membelanjakan lebih 32 Juta USD bagi membeli Battle Pass TI 10 dalam tempoh 24 jam pertama. Dengan 25% hasil jualan tersebut menyumbang kepada hadiah kejohanan, jumlah hadiah terkumpul bagi 24 jam pertama adalah USD8,152,515 (termasuk USD1.6 juta jumlah hadiah asas ) iaitu USD733,227 lebih banyak berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

Sama ada jumlah akhir nanti akan mengatasi jumlah tahun lalu masih terlalu awal untuk dibincangkan, namun bagi tempoh 24 jam pertama ini Gabe Newell masih boleh tersenyum riang dihujani wang.

Graf memperlihatkan perbezaan sumbangan hadiah The International 10 berbanding tahun sebelumnya. – Sumber : Dota 2 Prize Tracker
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments