Artifact

Ujian Beta Tertutup Bagi Artifact 2.0 Kini Bermula

2 bulan lalu

Ujian Beta Tertutup Bagi Artifact 2.0 Kini Bermula

Valve hari ini telah menghantar jemputan pusingan pertama bagi akses ke dalam sesi ujian beta tertutup pelancaran semula Artifact.

Bagi pemain yang telah mendaftar minat, anda boleh memeriksa email anda sama ada anda diterima masuk ke ujian beta tersebut. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, fasa awal ini hanya akan melibatkan jumlah terhad peserta yang telah mempunyai versi asal Artifact.

Valve memaklumkan bahawa mereka akan menambah jumlah peserta sedikit demi sedikit di masa mendatang. Seperti biasa, ujian beta ini adalah bertujuan bagi mendapatkan maklumbalas mengenai versi baharu Artifact ini.

Bagi anda yang tidak memiliki akses namun mahu menonton versi baharu ini, layari twitch.tv/directory/game/Artifact kerana ujian beta Artifact 2.0 tidak mempunyai sebarang Perjanjian Tidak Boleh Dedah (NDA), justeru itu boleh distrim dan dikongsikan secara bebas.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments