Dota 2

Battle Pass The International 10 Kini Hadir – Guild, The One True King Dan 2 Persona Baharu Termasuklah Waifu Antimage

2 bulan lalu

Battle Pass The International 10 Kini Hadir – Guild, The One True King Dan 2 Persona Baharu Termasuklah Waifu Antimage

Terbesar di dalam sejarahnya, Battle Pass bagi kejohanan The International 10 kini telah dilancarkan penuh dengan kandungan baharu.

Walaupun kejohanan TI 10 telah ditangguhkan, Valve nampaknya tidak akan membiarkan para pemain kebosanan di musim panas ini apabila mereka telah memenuhi Battle Pass terkini Dota 2 dengan kandungan-kandungan yang amat menarik. Antaranya adalah kembalinya The One True King, iaitu model arcana bagi Wraith King yang menyerupai rekaan asal karekter tersebut di mod permainan Dota Allstar, King Leoric, the Skeleton King.

Selain daripada Wraith King, dua lagi hero turut menerima arcana iaitu Windranger (Compass of the Rising Gale) dan Queen of Pain (Eminence of Ristul). Sebagai kosmetik bertaraf arcana, ia hadir dengan pelbagai efek, aset, animasi, suara dialog dan kesan khas unik.

Bermula pada edisi tahun lalu, Valve memperkenalkan persona, iaitu model alternatif bagi sesebuah hero. Invoker menjadi pemilik pertama persona ini dengan model kanak-kanak. Bagi The International 10 ini, dua persona baharu hadir iaitu bagi Magina the Anti-Mage dan Pudge the Butcher.

Persona baharu bagi Anti-Mage membawakan model wanita bernama Wei yang menurut penerangannya adalah anak murid kepada hero anti magik tersebut. Persona ini diberi gelaran sebagai The Disciple’s Path. Bagi Pudge pula, persona dengan nama The Toy Butcher membawakan model patung plush gebu comel.

Selain daripada kosmetik untuk hero, Battle Pass ini juga membawakan peta serba baharu digelar sebagai Sanctum of Divine yang membawakan rekaan yang lebih kemas. Fungsi Living Tower juga diperbaharui dengan rekaan baharu menyerupai kepada naga yang boleh dinaiktaraf.

Valve juga kini memperkenalkan semula fungsi Guild yang dinantikan para pemain. Para pemilik Battle Pass boleh mencipta Guild tersendiri bagi membolehkan mereka bermain bersama dengan rakan dan mencipta komuniti tersendiri. Para ahli boleh menyertai cabaran, mengumpl mata dan melengkapkan kontrak. Guild ini juga boleh disertai oleh pemain yang tidak memiliki Battle Pass.

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui kandungan lengkap Battle Pass kali ini seperti mod permainan terhad, kosmetik lainnya termasuklah Immortal Tresure dan Trust of the Benefactor, chat-wheel baharu, pek muzik dan pengulas dan lain-lainnya, anda boleh melayari pautan ini.

Pek asas Battle Pass The International 10 boleh dimiliki dengan harga RM44.00. Pek tahap tambahan boleh dibeli pada harga RM129.00 untuk 50 tahap dan pada harga RM199.00 untuk 100 tahap. Pembelian Battle Pass ini akan menyumbang 25% hasil jualan kepada jumlah hadiah bagi kejohanan The International 10 apabila ia dianjurkan kelak.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments