Valorant (Project A)

Rasmi – Valorant Akan Dilancarkan Kepada Umum Pada 2 Jun 2020 Depan

22/05/2020 < 1 minit bacaan

Penulis:

Rasmi – Valorant Akan Dilancarkan Kepada Umum Pada 2 Jun 2020 Depan

Bacaan: < 1 minit

Permainan tembak menembak pandang pertama yang dibangunkan oleh Riot Games, Valorant sedang berada di fasa ujian beta tertutup di beberapa buah rantau dan negara terpilih.

Usai fasa ujian beta tersebut bermula tempoh hari, permainan tersebut menjadi bualan hangat sehingga hampir memecahkan rekod tontonan di laman Twitch. Terkini, Riot Games mendedahkan bahawa Valorant akan dilancarkan tidak lama lagi untuk dimainkan umum.

Gambar acah yang dimuat-naik Riot Games memperlihatkan (kaki) agen ke-11 Valorant.

Terdahulu diumumkan di acara Summer Game Fest, Valorant akan hadir ke majoriti negara pada 2 Jun depan. Menerusi siaran Summer Game Fest, Riot Games menjanjikan mod permainan baharu semasa pelancaran kelak dengan peta dan agen baharu akan tiba tidak lama selepas itu.

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *