Pandaftaran Bagi Ujian Beta Artifact 2.0 Kini Dibuka
Bagi anda yang berminat untuk menyertai ujian beta bagi permainan Artifact 2.0, pendaftaran minat bagi ujian tersebut kini telah dibuka kepada umum.
Namun begitu, seperti yang diumumkan sebelum ini, akses awal akan diutamakan kepada pada pemilik Artifact 1.0 yang memiliki permainan tersebut sebelum tarikh 30 Mac lalu. Proses pemilihan ini akan dilakukan secara rawak. Pendaftaran boleh dilakukan di pautan ini.
Valve juga telah memuat-naik sebuah video khas memaparkan beberapa perubahan yang telah hadir bagi permainan tersebut pada ketika ini.
