Evil Geniuses Sekali Lagi Hadir Dengan Logo Baharu
Pada penghujung tahun 2019 yang lalu, Evil Geniuses telah melakukan penjenamaan semula organisasi mereka dengan logo serba baharu. Namun begitu, pelancaran logo baharu dengan rekaan mukataip tersebut menerima respon yang tidak begitu baik dengan ramai peminat mengkritiknya.
Terkini, organisasi eskan ikonik tersebut mengumumkan rekaan terkini logo mereka dimana ia kini menyerupai logo asal ikonik Evil Geniuses terdahulu. Logo baharu ini masih lagi menyertakan muka taip yang diumumkan tahun lalu namun lencana utama mereka adalah rekaan baharu tersebut.


Bersama-sama dengan pelancara logo baharu ini, Evil Geniuses turut memperlihatkan rekaan baharu jersi dan cenderahati mereka yang selari dengan logo baharu.
