Artifact

Bentuk Permainan Artifact 2.0 (Beta) Diperlihatkan

3 bulan lalu

Bentuk Permainan Artifact 2.0 (Beta) Diperlihatkan

Baru-baru ini Valve mengumumkan bahawa ujian beta tertutup bagi Artifact 2.0 akan bermula tidak lama lagi.

Hari ini, sebuah video memaparkan corak permainan Artifact 2.0 telah tertiris kepada umum. Valve telah memuatnaik video tersebut di laman Youtube Artifact dan menghalangnya dari tersenarai kepada umum namun pautan terus ke video tersebut telah tersebar memberikan akses awal kepada peminat.

Paparan semasa pemain melakukan draf – Valve

Di dalam video tersebut, dua orang pembanguun di Valve iaitu Eric Tams dan Q memperlihatkan mod permainan draf. Seperti yang didedahkan sebelum ini, permainan masih lagi didalam pembangunan aktif dan mengandungi pelbagai aset sementara.

Artifact 2.0 masih mengekalkan permainan tiga lorong namun setiap lorong kini terhadap kepada 5 slot kad sahaja. Kad hero dan Creep juga tidak lagi akan diaturkan secara rawak menghapuskan lagi elemen RNG yang tidak disukai pemain pada Artifact 1.0 dahulu.

Papan permainan juga menerima rekaan baharu dimana kesemua tiga lorong diperlihatkan pada setiap masa. Item permainan tidak lagi dimusnahkan namun boleh dimainkan semula pada pusingan akan datang.

Paparan papan permainan (dengan aset sementara) – Valve

Untuk makluman, ujian beta tertutup Artifact 2.0 akan bermula tidak lama lagi dengan akses awal diutamakan kepada pemilik Artifact 1.0. Jika akan memiliki permainan ini sebelum 30 Mac lalu, nantikan email daripada Valve untuk cara untuk mendaftarkan diri.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments