Esukan PUBG Mobile Tempatan

MGO Lunchtime Cup – Kejohanan Esukan Mingguan Oleh My Game On

3 bulan lalu

MGO Lunchtime Cup – Kejohanan Esukan Mingguan Oleh My Game On

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung, pelbagai acara dalam talian telah dianjurkan bagi mengantikan acara fizikal. Esukan selaku salah sebuah pemain utama arena penstriman langsung juga tidak terkecuali dengan perkara ini dan di Malaysia sendiri, pelbagai acara dan kejohanan dalam talian telah dianjurkan.

Media Prima menerusi portal permainan dan esukan mereka iaitu My Game On juga hadir dengan acara esukan dalam talian tersendiri iaitu MGO Lunchtime Cup. MGO Lunchtime Cup merupakan acara esukan kasual yang boleh disertai umum menampilkan permainan mudah alih popular iaitu PlayerUnknown’s Battleground Mobile (PUBGM).

Foto: Media Prima Digital

Acara ini telah pun bermula pada bulan April yang lalu dan akan berterusan sehingga bulan Jun depan. Setiap minggu pada hari Khamis, jam 12 tengah hari, My Game On akan bersiaran secara langsung di laman Facebook mereka mempertandingkan kejohanan MGO Lunchtime Cup mereka ini dengan hadiah sebesar RM500 ditawarkan setiap minggu.

Selain daripada peserta kejohanan, para penonton juga berpeluang memenangi hadiah dengan hanya menonton siaran langsung tersebut. MGO Lunchtime Cup akan menyertakan pelbagai personaliti esukan terkemuka tempatan seperti J Hunter, Chuchu Gaming, Vokey Gaming, IronPro Gaming, DaddyHood dan Obot Gaming.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments