Artifact

Ujian Beta Bagi Artifact 2.0 Akan Bermula Tidak Lama Lagi

6 bulan lalu

Ujian Beta Bagi Artifact 2.0 Akan Bermula Tidak Lama Lagi

Bermula pada bulan Mac lalu, pasukan pembangun disebalik permainan Artifact telah mulai berbicara menerusi blog rasmi mereka mengenai pelan untuk pelancaran semula permainan tersebut.

Selepas lebih setahun semenjak pengumuman ‘Towards A Better Artifact‘ iaitu pengumuman pembangunan semula permainan tersebut, Artifact 2.0 dilihat sampai ke tahap pembangunan seterusnya iaitu fasa ujian melibatkan pemain luar.

Valve hari ini mengumumkan bahawa jemputan bagi ujian beta tertutup Artifact 2.0 akan mulai dihantar bermula pada minggu hadapan. Pada minggu hadapan, Valve akan mengirim email kepada pemilik permainan Artifact mengandungi pautan untuk mereka mendaftarkan diri ke proses pemilihan jemputan rawak.

Sekiranya terpilih, mereka akan diterima masuk untuk menguji permainan tersebut. Melihat kepada kegagalan lalu, Valve hari ini memilih untuk melibatkan komuniti lebih awal dan membenarkan para peserta ujian beta ini kelak untuk berkongsikan segala maklumat mengenai fasa ujian beta ini kepada umum tanpa sebarang kekangan.

Akhir sekali, Valve mengesahkan bahawa pek dan kad permainan tidak akan dijual pada versi baharu ini tetapi akan dinyahkunci melalui dengan bermain permainan tersebut sendiri.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments