League of Legends

League of Legends Mengumumkan Mid-Season Streamathon Bagi Meraih Sumbangan Program Bantuan COVID-19

3 bulan lalu

League of Legends Mengumumkan Mid-Season Streamathon Bagi Meraih Sumbangan Program Bantuan COVID-19

Selari dengan pembatalan kejohanan Mid-Season Invitational pada tahun ini akibat penularan virus COVID-19, Riot Games kini telah mengumumkan sebuah lagi acara gantian iaitu Mid-Season Streamathon.

Mid-Season Streamathon adalah acara amal yang akan dilangsungkan bermula pada 30 Mei depan bagi meraih sumbangan untuk disalurkan kepada program bantuan COVID-19. Di acara tersebut, Riot Games akan mengadakan maraton strim siaran langsung yang akan dipenuhi dengan acara dari pelabgai rantau seperti perlawanan pertunjukan, perlawanan diantara liga dan banyak lagi.

Strim akan bermula pada 30 Mei, 8 pagi waktu Malaysia dan berterusan sehingga pukul 11 pagi, 1 Jun 2020. Siaran ini akan berlangsung di laman youtube.com/lolesports dan twitch.tv/riotgames. Di acara ini kelak, liga Pacific Cahmpionship Series (PCS) Asia Tenggara akan terlibat dengan perlawanan Mid-Season Showdown.

Mid-Season Showdown akan mempertanidngkan dua pasukan dari PCS menentang dua pasukan dari liga League of Legends Vietnam iaitu Vietnam Championship Series. Pasukan yang akan mewakili kedua-dua liga adalah Talon Esports dan Machi Esports dari PCS dan Team Flash dan EVOS Esports dari VCS. Perlawanan ini juga akan disiarkan melalui saluran LOLPCS iaitu twitch.tv/lolpacific dan youtube.com/lolpacific.

Berikut adalah jadual lengkap acara Mid-Season Streamathon ini:

Para peminat juga boleh menyumbang di acara ini kelak. Riot Games melalui Riot Games Social Impact Fund akan menyalurkan kesemua sumbangan yang diterima kepada badan kebajikan yang membantu melawan COVID-19 seperti ImpactAssets COVID Response Fund dan the GlobalGiving Coronavirus Relief Fund.

Riot Games juga mendedahkan bahawa mereka sendiri telah menyumbang US4.5 juta diserata dunia sehingga hari ini bagi menyokong para petugas kesihatan dalam usaha mereka melawan COVID-19.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments