Free Fire

Free Fire Kini Mempunyai 80 Juta Pemain Aktif Harian

3 bulan lalu

Free Fire Kini Mempunyai 80 Juta Pemain Aktif Harian

Permainan battle royale yang dibangunkan oleh Garena, Free Fire terus kekal popular dan kini mempunyai 80 juta pemain aktif harian.

Perkara tersebut didedahkan di dalam laporan suku pertama bagi syarikat Sea Limited (Garena). Menurut laporan tersebut jga, Free Fire adalah permainan mudah alih ketiga dengan jumlah muat-turun tertinggi bagi suku pertama tahun 2020 ini.

Free Fire mengekalkan kepopularan mereka di rantau Amerika Latin dan Asia Tenggara dengan menjadi permainan paling laris di rantau tersebut bagi tempoh yang sama. Jumlah pemain berbayar mereka meningkat lebih sekali ganda pada bulan April berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lalu.

Garena juga akan kekal memfokuskan arena esukan permainan ini. Bagi tempoh suku pertama tahun ini, acara esukan permainan Free Fire telah mengumpul jumlah tontonan melebihi 90 juta.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments