Dota 2

Team Secret Juarai Kejohanan Amal Gamers Without Borders 2020

2 bulan lalu

Team Secret Juarai Kejohanan Amal Gamers Without Borders 2020

Kejohanan amal Gamers Without Borders 2020 telah berakhir hari ini memperlihatkan pasukan Secret menjadi juara keseluruhan selepas menewaskan pasukan NaVi di perlawanan akhir.

Melibatkan pasukan-pasukan ternama di rantau Eropah dan CIS, Gamers Without Borders 2020 menawarkan hadiah sebesar USD1,500,000 yang akan disalurkan kepada badan kebajikan pilihan pemenang. Menewaskan NaVi dengan keputusan bersih 3-0 di perlawanan akhir kejohanan, Team Secret memilih badan kebajikan Gavi, The Vaccine Alliance dan The International Red Cross and Red Crescent Movement sebagai penerima hadiah sumbangan mereka.

Kedua-dua badan kebajikan tersebut menerima sumbangan sebesar USD375,000.

Sumber : Liquipedia
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments