Mobile Legends Tempatan

Mobile Legends: Bang Bang Raih Dana Sebesar RM51,500 Bagi Membantu KKM Lawan COVID-19

3 bulan lalu

Mobile Legends: Bang Bang Raih Dana Sebesar RM51,500 Bagi Membantu KKM Lawan COVID-19

Pada 16 Mei yang lalu, Moonton telah menganjurkan acara kemucak bagi acara 515 eParty bagi permainan popular mereka iaitu, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), dengan menganjurkan sebuah perlawanan amal melibatkan personliti terkemuka Malaysia dan Singapura.

Dengan matlamat untuk berhibur sambil beramal dan mengumpul dana bagi tabung kebajikan wabak Covid-19, Moonton menjanjikan sumbangan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Dana sumbangan tersebut ditentukan melalui jumlah tontonan acara tersebut yang disiarkan secara langsung didalam talian.

Langkah ini adalah bagi melibatkan komuniti MLBB di Malaysia untuk turut serta menyumbang kepada dana tersebut dengan hanya menonton dari keselesaan rumah mereka. Usai acara tersebut berlangsung, Moonton mengumumkan bahawa mereka telah berjaya meraih dana sebesar RM51,500.

Sumber: Moonton / IO Esports

Dana tersebut akan disalurkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membantu para petugas barisan hadapan yang telah bertungkus lumus mencegah penularan wabak Covid-19 di Malaysia.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments