Penstriman

Arena Penstriman Permainan Video Memperlihatkan Peningkatan 99% Pada Jam Tontonan Tahun Ke Tahun

6 bulan lalu

Arena Penstriman Permainan Video Memperlihatkan Peningkatan 99% Pada Jam Tontonan Tahun Ke Tahun

Semenjak wabak COVID-19 menyebabkan ramai orang terpaksa berkurung di rumah, arena penstriman global memperlihatkan peningkatan mendadak, menjadi sumber hiburan pilihan ramai termasuklah penstriman permainan video.

Melalui laporan industri terbaru oleh StreamElement dan Aresnal.gg, jumlah jam tontonan bagi arena penstriman permainan video memperlihatkan peningkatan sehingga 99% berbanding tempoh yang sama bagi tahun terdahulu. Laman penstriman Twitch kekal sebagai laman penstriman utama bagi permainan video dengan mengumpul jumlah jam tontonan sebanyak 1491 bilion jam tontonan, meningkat 98% berbanding tahun terdahulu yang mengumpul 750 juta jam tontonan.

Jika kategori bukan permainan seperti muzik dan perbualan ditambah masuk, Twitch memperlihatkan peningkatan jam tontonan sebesar 101% berbanding tahun terdahulu. Youtube Gaming menjadi platform di tempat kedua arena penstriman permainan video dengan jumlah jam tontonan sebanyak 461 juta jam, masih jauh untuk memberikan cabaran kepada Twitch. Walaubagaimanapun, berbanding dengan tahun terdahulu, mereka memperlihatkan peningkatan sebesar 65% peratus, prestasi yang tidaklah terlalu teruk.

Pantas memberikan cabaran adalah platform penstriman Facebook Gaming. Platform milik Zuckerberg itu memperlihatkan peningkatan paling tinggi berbanding tahun lalu dengan rekod peratusan sebesar 238%. Dari jumlah jam tontonan sebesar 89 juta, mereka kini berjaya meningkat sehingga 291 juta jam tontonan.

Walaupun memiliki Microsoft disebalik mereka, platform penstriman Mixer pula gagal memperlihatkan sebarang peningkatan ketara pada ketika ini. Berbanding dengan platform lain yang meningkat tinggi, Mixer hanya berjaya meningkatkan jam tontonan mereka sebanyak 0.2%.

Walaupun mereka kini memiliki Ninja dan Shroud, Mixer dilihat harus melakukan sesuatu bagi mencabar platform lainnya sebelum terlewat.

Sementara itu, hasil daripada perintah berkurung yang dilaksana ramai pihak berkuasa, jam tontonan penstriman permainan video memperlihatkan peningkatan sebanyak 45% pada bulan April 2020 berbanding dengan bulan Mac 2020. Laman Twitch dan Facebook Gaming menerima peningkatan tertinggi dengan Twitch memperlihatkan peningkatan sebesar 45% manakala Facebook Gaming meningkat sebesar 72%.

Sumber: StreamElement (Arsenal.gg)

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments