League of Legends: Wild Rift (Mobile)

League of Legends: Wild Rift Akan Memulakan Ujian Alfa Terhad Bermula Pada Bulan Jun Depan

3 bulan lalu

League of Legends: Wild Rift Akan Memulakan Ujian Alfa Terhad Bermula Pada Bulan Jun Depan

Versi mudah alih bagi permainan popular League of Legends, Wild Rift akan memulakan fasa ujian tidak lama lagi.

Menerusi akaun Twitter rasmi permainan tersebut, pembangun League of Legends: Wild Rift mengumumkan bahawa mereka akan memulakan ujian alfa terhad bagi permainan tersebut bermula pada bulan Jun hadapan.

Walaubagaimanapun, ujian terhad ini hanya akan melibatkan dua buah negara iaitu Filipina dan Brazil. Pemilihan dua buah negara tersebut sebagai lokasi pertama permainan tersebut akan boleh dimainkan adalah normal memandangkan mereka mempunyai pasaran permainan mudah alih yang tinggi.

Paparan skrin bagi League of Legends: Wildrift – Riot Games

Maklumat lanjut mengenainya akan diumumkan menjelang akhir bulan ini. Mereka turut mengumumkan bahawa spesifikasi yang diperlukan bagi memainkan permainan ini usai pelancaran rasmi kelak masih kekal untuk platform Android iaitu minimum 1GB RAM, pemprosesan Qualcomm Snapdragon 410 dan GPU Adreno 306.

Sokongan bagi platform 32 bit untuk Android juga sedang diusahakan. Bagi peranti iOS pula, spesifikasi yang diperlukan telah meningkat daripada minimum iPhone 5S kepada iPhone 6 dan keatas. Bagi anda yang berminat, pra pendaftaran bagi platform Android boleh disertai pada pautan ini. League of Legends: Wild Rift akan dilancarkan secara rasmi pada tahun ini.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments