Dota 2

Pemain Dan Organisasi Newbee Digantung Oleh Persatuan Profesional Dota 2 China Kerana Mengatur Perlawanan

15/05/2020 < 1 minit bacaan

Penulis:

Pemain Dan Organisasi Newbee Digantung Oleh Persatuan Profesional Dota 2 China Kerana Mengatur Perlawanan

Bacaan: < 1 minit

Pemain Dota 2 pasukan Newbee dan organisasi tersebut hari ini telah digantung oleh Persatuan Profesional Dota 2 China (CDA), Liga Profesional CDA-DPL, acara oleh MarsTV dan IMBATV kerana mengatur perlawanan. Perkara ini diumumkan oleh CDA melalui akaun Weibo mereka.

Pemain yang terlibat adalah Moogy, Aq, Wizard, Waixi, Faith dan Feng. Kesemua pemain ini digantung seumur hidup dari menyertai acara CDA, MarsTV dan IMBATV. Organisasai Newbee pula dibuang keluar dari persatuan tersebut. Menurut laporan, mereka telah mengatur perlawanan semasa bertanding di acara China Dota2 Pro League S2 dan DPL-CDA S1.

  • Xu “Moogy” Han
  • Yin “Aq” Rui
  • Wen “Wizard” Lipeng
  • Yan “Waixi” Chao
  • Zeng “Faith” Hongda
  • Feng

Berita ini mengejutkan ramai pihak terutamanya apabila ia melibatkan pemain ternama seperti Faith dan Moogy. Faith merupakan juara bagi kejohanan The International 2012 bersama dengan pasukan Invictus Gaming. Moogy pula berjaya menjadi naib juara bagi kejohanan The Interantional 2017 selepas tewas kepada Team Liquid. Organisasi Newbee sendiri merupakan juara bagi kejohanan The International 2014.

Namun begitu, pengantungan ini bukanlah pengantungan oleh Valve dan melibatkan persatuan dan acara di China sahaja. Maklumat mengenai kes ini bagaimanapun telah dihantar ke Valve untuk mereka mengambil tindakan lanjut.