League of Legends

Mid-Season Cup Isi Kekosongan Yang Ditinggalkan Oleh Mid-Season Invitational – LCK Lawan LPL

3 bulan lalu

Mid-Season Cup Isi Kekosongan Yang Ditinggalkan Oleh Mid-Season Invitational – LCK Lawan LPL

Penularan wabak COVID-19 menyebabkan kejohanan tahunan League of Legends Mid-Season Invitational tepaksa dibatalkan penganjurannya.

Terkini, bagi mengisi ruang yang ditinggalkan oleh kejohanan tersebut sebelum bermulanya‘Summer Split’ kelak, Riot Games mengumumkan penganjuran Mid-Season Cup untuk para peminat mengisi kuota tontonan perlawanan kompetitif mereka.

Mid-Season Cup akan melagakan pasukan dari liga LCK (Korea Selatan) menentang pasukan dari LPL (China). Ia akan melagakan empat pasukan terbaik musim ‘spring split‘ lalu dari kedua-dua liga. Empat pasukan yang mewakili LPL adalah LPL JD Gaming (Juara LPL 2020 Spring Split), Top Esports, FunPlus Phoenix dan Invictus Gaming.

Sementara itu, LCK pula akan diwakili oleh pasukan T1 (Juara LCK 2020 Spring Split), Gen. G, DragonX, dan DAMWON Gaming. Perlawanan ini akan diadakan bermula pada 28 Mei depan secara dalam talian. Riot Games juga menyatakan bahawa lengah masa ping buatan akan digunakan iaitu pada aras ’30-40ms’ bagi memastikan integriti perlawanan dapat dikekalkan.

Menurut wartawan bagi laman web fomos iaitu Kenzi, kejohanan ini menawarkan hadiah sebesar USD600,000.

Selain daripada Mid-Season Cup ini, Riot Games juga mendedahkan bahawa mereka merancang untuk mengadakan beberapa lagi acara pada bulan Mei ini sebagai ganti pembatalan MSI 2020. Perincian mengenainya akan diumumkan tidak lama lagi.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments