Mobile Legends Tempatan

Mobile Legends Malaysia Anjur Perlawanan Amal Bagi Raih Dana Untuk Tabung Kebajikan COVID-19

12/05/2020

Mobile Legends Malaysia Anjur Perlawanan Amal Bagi Raih Dana Untuk Tabung Kebajikan COVID-19

Sebagai kemuncak kepada acara 515 eParty, Moonton akan mengadakan sebuah perlawanan amal pada hari Sabtu, 16 Mei ini bagi mengumpul dana untuk tabung kebajikan COVID-19.

Perlawanan amal tersebut akan mempertandingkan pasukan Malaysia melawan pasukan Singapura melibatkan personaliti terkemuka arena esukan dan permainan tempatan seperti Soloz, MasterRamen, ChuChu Gaming dan juga personaliti dari Singapura. Perlawanan tersebut akan bermula pada 2 petang dan akan disiarkan secara langsung di laman Facebook Mobile Legends Bang Bang Malaysia.

Sumber: Moonton

Selain daripada sumbang orang ramai, Moonton sendiri akan melakukan sumbangan berdasarkan kepada nilai penonton yang menyaksikan siaran tersebut. Sumbangan yang dikumpul akan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membantu mereka malawan wabak COVID-19 di negara kita.

Layari : Mobile Legends Bang Bang Malaysia