Mobile Legends Tempatan

Mobile Legends: Bang Bang Southeast Asian Cup 2020 Adalah Kejohanan Terkini Dibatalkan Berikutan COVID-19

7 bulan lalu

Mobile Legends: Bang Bang Southeast Asian Cup 2020 Adalah Kejohanan Terkini Dibatalkan Berikutan COVID-19

Pandemik COVID-19 masih lagi belum berakhir dan terus menghantui dunia menyebabkan pelbagai acara telah dibatalkan satu per satu.

Acara terkini yang terpaksa dibatalkan penganjurannya adalah Mobile Legends: Bang Bang Southeast Asian Cup 2020 yang dijadualkan berlangsung pada bulan Jun depan. Moonton menyatakan bahawa status semasa wabak COVID-19 dan perintah larangan pergerakkan kerajaan menyebabkan keputusan berat ini terpaksa dilakukan mereka.

Keselamatan kesemua pihak yang terlibat adalah keutamaan mereka ujar Moonton. MSC 2020 sepatutnya berlangsung pada 10 sehingga 14 Jun depan bertempat di SM Mall, Asia Arena di Manila. Kejohanan tersebut adalah bagi mempertandingkan pasukan-pasukan terbaik di Asia termasuklah pemenang liga MPL di negara-negara terlibat.

Walaubagaimanapun, Moonton merancang untuk mengadakan acara alternatif tidak lama lagi bagi memastikan para peminat esukan mereka kekal mempunyai acara kompetitif untuk ditonton. Maklumat anjut mengenai acara tersebut akan diumumkan tidak lama lagi.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments