Esukan Tempatan

Kejayaan Dr. Yew Weng Kean Raih Pingat Emas Di Temasya Sukan Asia Tenggara Kini Tercatat Di Dalam Malaysia Book of Records

2 bulan lalu

Kejayaan Dr. Yew Weng Kean Raih Pingat Emas Di Temasya Sukan Asia Tenggara Kini Tercatat Di Dalam Malaysia Book of Records

Sebagai temasya sukan yang diiktiraf oleh Jawatankuasa Olimpik, Temasya Sukan Asia Tenggara 2019 (SEA Games) merupakan acara pertama di dunia yang mempertandingkan acara esukan sebagai acara berpingat rasmi.

Berlangsung di Filipina, Sukan Asia Tenggara 2019 mempertandingkan enam acara esukan iaitu Dota 2, Arena of Valor, Mobile Legends Bang Bang, Hearthstone, Starcraft II dan Tekken 7. Malaysia berjaya menamatkan temasya tersebut dengan sebuah pingat emas dan sebuah pingat gangsa.

Pingat emas negara disumbangkan oleh Dr. Yew Weng Kean (Wkyew90) yang memenangi acara Hearthstone. Terkini, kejayaan beliau tersebut telah dicatatkan ke dalam Malaysia Book of Records, sebagai yang pertama memperoleh pingat emas bagi acara esukan di Sukan Asia Tenggara.

Malaysia’s “FIRST TO WIN GOLD MEDAL IN SEA GAMES E-SPORTS EVENT (HEARTHSTONE)”..Heriot-Watt University Assistant…

Posted by Malaysia Book of Records on Isnin, 11 Mei 2020
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments