Mobile Legends

ONE Esports Mobile Legends: Bang Bang Invitational (MLI) Ditangguhkan

09/05/2020 < 1 minit bacaan

Penulis:

ONE Esports Mobile Legends: Bang Bang Invitational (MLI) Ditangguhkan

Bacaan: < 1 minit

Moonton dan ONE Esports, penganjur disebalik kejohanan ONE Esports Mobile Legends: BangĀ BangĀ InvitationalĀ (MLI) hari ini mengumumkan bahawa kejohanan tersebut terpaksa ditangguhkan.

Dijadualkan berlangsung pada 01 sehingga 05 Julai depan di Jakarta, kejohanan tersebut terpaksa ditangguhkan berikutan pihak berkuasa tempatan tidak lagi membenarkan pemberian permit acara bermula pada bulan Mac lalu.

Perkara tersebut adalah langkah keselamatan hasil penularan wabak COVID-19 di negara tersebut. Walaubagaimanapun, pusingan kelayakan dalam talian kejohanan tersebut masih akan berlangsung seperti yang dijadualkan dengan pemenang melayakkan diri ke kejohanan tersebut pada tarikh penganjuran baharu kelak.