Dota 2

Kejohanan Major Dota 2 Terakhir Musim Ini, Singapore Major Dibatalkan Penganjurannya

09/05/2020

Kejohanan Major Dota 2 Terakhir Musim Ini, Singapore Major Dibatalkan Penganjurannya

Serentak dengan pengumuman penangguhkan kejohanan ONE Esports Mobile Legends: Bang Bang Invitational, ONE Esports turut sama mengumumkan bahawa kejohanan Dota 2 ONE Esports Singapore Major telah dibatalkan penganjurannya.

Bersama-sama dengan PGL, ONE Esports merancang untuk menganjurkan kejohanan Dota 2 bertaraf major pertama mereka musim ini bertempat di Stadium Tertutup Singapura pada 20 sehingga 28 Jun 2020. Namun begitu, pihak berkuasa tempatan di Singapura telah menghalang sebarang acara perhimpunan beramai-ramai diadakan sehingga 30 Jun 2020.

Dengan pengumuman ini, kesemua baki kejohanan DPC musim ini termasuklah kejohanan The International 10 telah ditangguhkan atau dibatalkan penganjurannya. Baki dua kejohanan DPC yang belum diumumkan juga dilihat tidak akan dianjurkan pada tahun ini.