Fortnite

Fortnite Kini Mempunyai 350 Juta Orang Pemain Berdaftar

3 bulan lalu

Fortnite Kini Mempunyai 350 Juta Orang Pemain Berdaftar

Fortnite telah berkongsikan bahawa permainan battle royale popular tersebut kini telah berjaya melepasi nilai angka pemain berdaftar sebanyak 350 juta orang.

Permainan yang dibangunkan oleh Epic Games itu merupakan fenomena di barat terutamanya di Amerika Syarikat, dimainkan jutaan pemain saban hari. Pada penghujung tahun lalu, Fortnite merupakan permainan paling popular di 20 buah negeri di Amerika Syarikat menurut kajian daripada Satellite Internet.

Walaupun dilancarkan hampir 3 tahun lalu, Fortnite terus kekal releven pada masa kini dengan Epic Games pintar memastikan permainan tersebut kekal segar. Fortnite sering hadir dengan pelbagai promosi dan kerjasama dengan jenama, selebriti terkemuka memastikan pemain mereka kekal tertarik untuk bermain.

Bulan April lalu sahaja, pemain menghabiskan masa sebanyak 3.1 billion jam bermain permainan tersebut. Acara dalam permainan hasil kerjasama mereka bersama dengan rapper terkemuka Travis Scott, Astronomical disertai lebih 27.7 juta pemain unik secara langsung, membuktikan bahawa berkesannya acara interaktif tersebut dalam membuatkan permainan tersebut kekal menarik.

Persembahan Travis Scott di acara Astronomical

Pada ketika ini, Fortnite juga sedang melangsungkan acara Party Royale dimana seperti acara Astronomical, melibatkan selebriti terkemuka melakukan persembahan di dalam permainan tersebut. Antara selebriti yang terlibat di dalam acara ini adalah Dillon Francis, Steve Aoki, Jordan Fisher, Diplo dan deadmau5.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments