Penstriman Twitch

Twitch Dilaporkan Mahu Melancarkan Rancangan Interaktif Melibatkan Program Bual Bicara, Temujanji Dan Muzik

3 bulan lalu

Twitch Dilaporkan Mahu Melancarkan Rancangan Interaktif Melibatkan Program Bual Bicara, Temujanji Dan Muzik

Semenjak penduduk global berkurung menghindari wabak COVID-19 , penggunaan internet di seluruh dunia meningkat mendadak dan tidak terkecuali adalah laman penstriman permainan video popular Twitch yang memperlihatkan peningkatan jam tontonan mencapai 1.2 billion pada bulan April lalu, paling tinggi di dalam sejarah laman tersebut.

Dengan fokus kepada permainan video, Twitch merupakan pilihan ramai golongan belia dalam mencari kandungan hiburan. Namun begitu, Twitch juga tidak haus dengan kandungan bukan permainan seperti bual-bicara, muzik dan seni. Kategori seperti ‘Just Chatting’ menerima ratusan juta jam tontonan saban bulan. Akibat daripada penularan wabak COVID-19 juga ramai pemuzik, ahli komedi dan selebriti hadir melakukan strim di laman tersebut meluangkan masa bersama pemina dan hadirin mereka.

Menurut laporan terbaru daripada Bloomberg, Twitch mahu memperkuatkan lagi kedudukan mereka di arena penstriman dengan menerbitkan siri original interaktif memfokuskan kepada dua golongan sasaran mereka iaitu belia lelaki berumur diantara 18 dan 24 tahun yang meminati permainan video dan sesiapa sahaja yang berumur diantara 18 dan 24 tahun yang meminati hiburan umum.

Twitch dilaporkan sedang mencari rakan kerjasama bagi menerbit siri interaktif ini. Melalui dokumen dalaman yang dilihat oleh Bloomberg, Twitch mahu melancarkan siri interaktif tanpa skrip yang akan disiarkan secara langsung dua atau tiga hari seminggu. Menurut dokumen tersebut, Twitch mahu memfokuskan kepada genre bual bicara, temu janji, muzik, sukan dan permainan.

Jika anda sering meluangkan masa di laman Twitch, anda pasti tidak asing lagi dengan perbalahan diantara penstrim, hubungan romantik dan kolaborasi sesama mereka. Oleh kerana alami siaran langsung, penonton turut sama menjalani momen-momen ini pada masa yang sama dan mampu berbicara dan berinteraksi mengakibatkan penonton rasa terlibat dan invested.

Twitch percaya bahawa sisi interaktif siaran langsung diantara penstrim dan penonton ini adalah kelebihan utama mereka dan mahu menggunakan aspek tersebut bagi membezakan diri mereka dengan laman penyedia kandungan video lainnya.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments