Dota 2

B8 Tewas 24 Perlawanan Berturut-turut, Tempoh Paling Lama Dalam Sejarah Kompetitif Dota 2

3 bulan lalu

B8 Tewas 24 Perlawanan Berturut-turut, Tempoh Paling Lama Dalam Sejarah Kompetitif Dota 2

Pasukan Dota 2 yang dibarisi dan dimiliki pemain lagenda Danil “Dendi” Ishutin sedang berada di jurang masalah apabila mereka gagal memenangi sebarang perlawanan yang dimainkan semenjak dari 17 April lalu.

Ketika ini, pasukan itu telah tewas sebanyak 24 perlawanan berturut-turut, menjadikan mereka paskan dengan tempoh kekalahan terlama di dalam sejarah perlawanan kompetitif Dota 2. Mereka melepasi rekod sebelum ini yang dipegang oleh pasukan FTD Club C dengan 23 kekalahan berturut-turut pada tahun 2016.

B8 merupakan organisasi esukan baharu yang diasaskan oleh Dendi pada 27 Januari 2020. Semenjak pasukan Dota 2 mereka diumumkan, mereka hanya telah memenangi 5 siri perlawanan sahaja. Mereka juga telah melakukan pertukaran pemain pada akhir Mac lalu dengan menambah masuk pemain mid, Steve ‘Excalibur’ Ye mengantikan Alexandr ‘pio65’ Zalivako. Namun begitu, melihat kepada keadaan semasa, pertukaran pemain ini juga tidak berjaya merubah prestasi pasukan tersebut.

Sumber : DatDota

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments