Penstriman

Pewdiepie Tandatangani Kontrak Penstriman Eksklusif Bersama Youtube

3 bulan lalu

Pewdiepie Tandatangani Kontrak Penstriman Eksklusif Bersama Youtube

Selepas setahun bersama dengan laman penstriman DLive, pencipta kandungan paling popular di laman Youtube, Felix ‘PewDiePie’ Kjellberg didedahkan telah menandatangani perjanjian penstriman eksklusif bersama dengan Youtube.

Dengan lebih 104 juta orang melanggan saluran Youtube beliau, Pewdiepie adalah salah seorang pencipta kandungan permainan video paling popular di dunia.

Melihat kepada kepopularan arena penstriman beberapa tahun kebelakangan ini, Youtube mulai memfokuskan kepada sisi tersebut dengan menandatangani beberapa penstrim seperti CouRage, Lachlan, LazarBeam, Muselk, Typical Gamer, dan Valkyrae. Dengan hadirnya Pewdiepie sebagai ahli terbaru, arena penstriman Youtube kini semakin menarik untuk dilayari umum.

Youtube kini telah menjadi rumah saya bagi tempoh sedekad dan melakukan strim di platform ini berasa natural kerana saya boleh mencari cara baharu untuk mencipta kandungan dan berinteraksi dengan peminat seluruh dunia. Penstriman adalah sesuatu yang saya akan fokuskan dengan lebih lagi pada tahun 2020 dan selanjutnya, jadi bekerjasama dengan Youtube dan berada di barisan hadapan penawaran ciri baharu mereka adalah istimewa dan menerujakan.

Pewdiepie, Siaran Media Youtube

Walaupun Twitch adalah nama sebutan ramai bagi arena penstriman, Youtube merupakan platform permainan terbesar di dunia dengan lebih 200 juta pemain hadir menonton kandungan permainan video saban hari. Walaupun peratusan umum kandungan tersebut adalah kandungan video dan bukannya strim langsung, Youtube telah membanyakkan usaha menambah baik fungsi penstriman mereka.

Tidak mustahil dalam masa beberapa tahun lagi mereka mampu untuk mendahului arena penstriman global.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments