Dota 2

BLAST Mengumumkan Penganjuran Kejohanan Dota 2, BLAST Bounty Hunt

7 bulan lalu

BLAST Mengumumkan Penganjuran Kejohanan Dota 2, BLAST Bounty Hunt

Selepas lebih dua tahun menganjurkan kejohanan Counter-Strike: Global Offensive, BLAST mengumumkan bahawa mereka bakal meluaskan portfolio mereka dengan kini menganjurkan kejohanan Dota 2.

Dimiliki oleh RFRSH Entertainment, Blast terkenal dengan penganjuran kejohanan CS:GO BLAST Pro Series yang kemudiannya digantikan dengan liga BLAST Premier, salah sebuah liga paling popular bagi permainan tersebut. Dengan mereka kini kukuh di arena CS:GO, ia adalah masa yang sesuai untuk mereka terjun ke permainan baharu.

BLAST bakal menganjurkan kejohanan Dota 2 dalam talian, BLAST Bounty Hunt melibatkan pasukan-pasukan ternama di Eropah. Ia menawarkan hadiah berjumlah USD145,000 dan bakal dianjurkan bermula 6 Jun sehingga 13 Jun (waktu tempatan) hadapan. Pasukan yang akan bertanding di kejohanan ini adalah OG Esports, Team Secret, Nigma, NIP, Alliance dan Team Liquid.

Ia akan disiarkan di laman twitch.tv/BLASTDota and youtube.com/BLASTDota dan para peminat juga turut berpeluang turut memenangi hadiah seperti USD5,000 bagi kategori ramalan peminat.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments