League of Legends

Talon Esports Adalah Juara Sulung Bagi Pacific Championship Series (PCS) Spring Split

3 bulan lalu

Talon Esports Adalah Juara Sulung Bagi Pacific Championship Series (PCS) Spring Split

Pacific Championship Series (PCS) adalah liga profesional League of Legends bagi rantau Asia Tenggara, Taiwan, Hong Kong dan Macau mengantikan The League Master Series (LMS) dan LoL Southeast Asia Tour (LST).

Musim sulung bagi liga Pacific Championship Series (PCS) iaitu musim bunga 2020 (Spring Split 2020) telah berakhir malam semalam dengan pasukan Talon Esports menjadi juara keseluruhan musim.

Pasukan berpengkalan di Taiwan itu menewaskan pasukan Machi Esports di perlawanan akhir yang berlangsung sengit dan berakhir dengan keputusan 3-2. Perlawanan tersebut juga adalah perlawanan balas dendam selepas Machi Esports menewaskan Talon di pusingan separuh akhir kejohanan pada bulan April lalu.

Sebagai juara, Talon Esports membawa pulang hadiah berjumlah $30,000. Mereka juga sepatutnya memperoleh slot ke kejohanan Mid-Season Invitational 2020. Namun begitu, berikutan wabak COVID-19, kejohanan MSI 2020 ini telah dibatalkan.

Foto: Chisin
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments