Mobile Legends Tempatan

Kekal Milik Singapura – Resurgence Juarai MPL MY/SG Musim Ke-5

03/05/2020 2 minit bacaan

Penulis:

Kekal Milik Singapura – Resurgence Juarai MPL MY/SG Musim Ke-5

Bacaan: 2 minit

Kekal diseberang tambak, piala Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang MY/SG akan terus menetap di Singapura selepas pasukan Resurgence berjaya menewaskan pasukan Geek Fam di perlawanan akhir liga musim ke-5 ini.

Selepas tewas kepada pasukan Geek Fam di separuh akhir semalam, Resurgence terpaksa meneruskan perjalanan mereka di pusingan lower bracket untuk bertemu dengan pasukan Orange Esports Reborn yang baru sahaja menyingkirkan juara bertahan, pasukan Evos Esports SG.

Perlawanan diantara Resurgence dan Orange Esports Reborn ini bagaimanapun berjalan lancar memihak kepada Resurgence dengan keputusan 2-0. Kemenangan ini membawakan pasukan Resurgence ke perlawanan akhir liga untuk kembali bertemu dengan pasukan Geek Fam.

Perlawanan akhir ini bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan saling mempamerkan kehebatan masing-masing. Perlawanan pertama menjadi milik Resurgence sebelum Geek Fam merampas perlawanan kedua. Kekal dengan momentum dari perlawanan kedua, Geek Fam memulakan perlawanan ketiga dengan baik, menguasai perlawanan memaksa Resurgence bermain pasif.

Namun Resurgence tidak mengaku kalah dan kekal bertahan dan mencari peluang untuk kembali menyerang. Usaha ini membuahkan hasil apabila berjaya mereka akhirnya berjaya mendapatkan pertempuran yang baik dengan membunuh kesemua hero pasukan Geek Fam. Hasilnya, mereka berjaya mara ke markas Geek Fam dan memusnahkan Inhibitor mereka.

Mungkin terkesan dengan perlawanan ketiga, Geek Fam bermain dengan agak goyah dan kerap melakukan kesilapan. Resurgence pula memanfaatkan kesilapan ini mengumpul kelebihan sedikit demi sedikit. Hasilnya, kelebihan ini membukit dan menyebabkan Resurgence jauh mendahului Geek Fam. Tanpa sebarang jawapan, Geek Fam menyerahkan takhta liga kepada Resurgence.

Sebagai juara, Resurgence membawa pulang hadiah utama bernilai RM109,700 (US$25,000). Walaupun ini merupakan kejuaraan pertama bagi pasukan Resurgence, ia adalah yang kedua bagi beberapa ahli pasukan mereka. Ho “Sync” Ee Hong, Lim “ly4ly4ly4” Yang dan Jason “Jason” Koh Wei Hao adalah bekas pemain bagi pasukan IDNS SG yang merupakan juara sulung liga MPL MY/SG.

Tahniah diucapkan kepada pasukan Resurgence diatas kejuaraan ini.

Resurgence:

  • Eugene “Kayzeepi” Kong Zhen Pang
  • Brandon Loh “Sana” Siang Ming
  • Ho “Sync” Ee Hong
  • Lim “ly4ly4ly4” Yang
  • Jason “Jason” Koh Wei Hao
  • Glenn “XCP.” Hong
Foto: Resurgence